Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Blogger Cucu Mat Kilau..

MM ingin menulis sedikit tentang blogger senior (otai) PR CMK ni.  Pengendali Pahang Daily Online yang cukup hebat bersuara dan bekas calon PKR DUN Kemayan.  2 kali bertanding 2 kali kalah tak tau la apa nasib dia orang tak pilih. Nak dibandingkan dengan MM memanglah jauh beza, dia orang lama orang kuat REFORMASI, blogger berani mati. Macam langit dan bimu dengan MM.

Kalau diPahang ni semua orang dia berani sebat, tak kira tempat ada peluang gerenti dia lipat. Bila dia bercakap semua orang muka tak boleh tutup dah, nyamuk masuk boleh keluar balik. Begitu hebat bila dia bercakap langit pun boleh gugur. Pernah MM duduk berbual dengan dia sama-sama perjuangkan tanah rizab surau yang kena rembat di Indera Mahkota Kuantan. Sekali lagi memang hebat dia ini, meja dia hentak depan-depan Exco.

Tapi sebenarnya apa yang MM nak tulis ni berkenaan tentang pendirian dia. Susah nak kata, bila laporan Utusan kata dia keluar PKR dia nafi sekeras-kerasnya tapi dia ada bertanyakan pada seseorang untuk ‘sponsor’ bilik mesyuarat untuk adakan PC umum keluar PKR. Sekarang dia nafi lagi kata keluar PKR. Nampaknya dia mengintai peluang untuk bertanding sekali lagi (ada harapan kalah lagi) pada PRU13 akan datang. Dia ni kira macam mengkarung juga la atau cicak kobing. MM boleh jamin bila kes video Anwar ni ada penyelesaian dia akan umum balik keluar parti.

Kata nak saman Utusan tapi tak saman-saman lagi, tengah tunggu peluang lagi. Sekarang sibuk isu Lynas pulak hebat macam ‘Environmentalist’ cara dia berjuang hebat sungguh…..macam mengkarung. Kita tunggu sajalah bila pintu peluang makin sempit dia pusing balik. Sama-sama kita tunggu.

Gambar cium Anwar pun dia tak mengaku.

Advertisements

No Responses to “Blogger Cucu Mat Kilau..”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s