Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Anwar angin satu badan ditanya lagi pasal jam Omega, DNA dan soalan tak digemari

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Ibu Pejabat  Polis Daerah Dang Wangi Khamis untuk memberi keterangan  berkaitan satu video seks yang memaparkan pelaku dikatakan mirip  beliau.

Anwar tiba pada 2.50 petang menaiki kereta bersama-sama isterinya  Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan adik iparnya Wan Mokhtar Wan  Ismail.Turut menemani beliau ialah peguam R Sivarasa, serta tiga orang wakil rakyat parti itu, Nurul Izzah, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Tian Chua.
Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan oleh satu kumpulan dikenali “Datuk T” di Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur.

Siasatan polis itu bermula selepas Anwar membuat laporan dan menafikan dirinya pelaku dalam video itu.

Ditemui wartawan selepas memberi keterangan kira-kira sejam ,Ketua Umum PKR itu nampak angin satu badan ketika ditanya beberapa soalan yang tidak digemarinya termasuk mengenai jam Omega.

Berikut ialah transkrip penuh soal jawabnya dengan wartawan :    LIHAT VIDEO ANWAR MARAH-MARAH DI RUANG VIDEO AGENDADAILY

“Saya berada di sini, pertama, mengenai  pengedaran video lucah secara terang-terangan dan perlindungan pihak berkuasa, dan saya percaya pihak polis juga telah memberi perlindungan. Jika tidak, mustahil part ke-2 video itu boleh disebarkan tanpa apa tindakan.

“Saya juga tegaskan kepada polis inilah satu kes di mana satu jenayah penyebaran lucah boleh diadakan tanpa apa-apa rasa tekanan dan tindakan dari pihak polis.

“Kedua, saya juga rujuk kepada kenyataan awal ketiga-tiga Datuk T di mana mereka telah mengugut, lakukan intimidation, peras ugut saya dan Wan Azizah supaya meletakkan jawatan. Memang jelas politicking Umno memang jelas ada.

“Sementara kes ini disiasat, Datuk Mohd Zain, pegawai penyiasat kes saya pada 1998 yang juga telah menulis kepada Ketua Polis Negara mengaitkan beberapa isu termasuk penyebaran beberapa video lucah yang melibatkan super-impose yang seperti semua orang tahu, dibuat sebelum pilihanraya 1999.”

Ditanya samada polis ada minta jam tangan omega, Anwar terus cakap, “soalan lain.”

“Mana ada di negara ini, orang boleh terlibat secara  terang-terang menyebarkan dan tidak diambil tindakan kalau polis tak beri perlindungan. Kerana tidak ada tindakan, terus mengulangi jenayah tersebut.

“Ditanya sama ada dia sudah tengok part kedua video klip?, Anwar menjawab:

“Saya dan Azizah hanya melihat apa yang disiarkan dan disebarkan dalam media awak. Ia adalah satu jenayah menyebarkan dan satu jenayah dalam hukum syariah.”

Wartawan bertanya, “Datuk Eskay suruh Datuk angkat sumpah?”

“Kalau kita rujuk kenyataan Datuk Asri (bekas Mufti Perlis) , patut rujuk pada hukum dan  mahkamah syariah kerana mengikut hukum Islam, orang yang mengangkat sumpah harus bebas dari dosa besar, tidak pernah minum arak dan tidak pernah berzina.”

Wartawan TV3 tanya, Datuk tak mahu angkat sumpah esok?

“Saya tidak diminta sesiapa. Hukum siapa angkat sumpah? Saudari orang Islam? Berapa ramai suruh angkat sumpah?

Tak boleh jawab? Okay, tak payah.

Wartawan TV3 tanya sekali lagi sama ada polis ada minta jam omega. Anwar buat tak dengar dan buat tak tahu. Selepas itu terus bebel salahkan Umno dan Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak pula.

Turut dihentam ialah Agendadaily,Utusan dan kemudiannya TV3.

“Ternyata Umno dan pimpinan Umno terdesak dan Datuk Seri Najib harus jawab mengapa jenayah dan pornografi itu menjadi strategi beliau terpenting dalam mempertahankan kuasa beliau dan Rosmah dalam negara dan menggunakan beberapa orang, termasuk Agendadaily, Utusan untuk menjadi perkakas murahan untuk menyebarkan jenayah kotor dan jijik  dan menghina orang dan menjatuhkan maruah keluarga.

Menjawab soalan Lukman Abdullah (wartawan Agendadaily) yang bertanya mengapa beliau tidak percaya kepada profesionalisme polis (sambil pandang Lukman dengan tajam)  – “Yang you saja percaya sebab ia belum kena pada you.

“Kalau you baca laporan Datuk Zain, yang you tak pernah mahu baca , Datuk Zain ialah pegawai penyiasat kes saya dulu dan dia menyatakan tolong pulihkan tahap profesionalime polis kerana ia telah terjejas akibat rasuah, penipuan dan penyalahgunaan kuasa. Ini tuduhan dia terhadap Musa Hassan yang perlu dia jawab.

“Perkakas Umno yang nak  mempertahankan haruslah rujuk (kepada tuduhan itu) dan be fair kerana these are allegations by senior police officers, not by me.

Wartawan TV3 mencelah lagi, – Datuk Eskay dah bagi DNA.

Anwar dalam nada marah tanya, “You TV3 kan? DNA apa you nak? Jangan biadap ya. Tanya soalan lain.

“TV3, Utusan and some of the other medias are trying to smear me. They can’t fight on issues on policy, corruption and governance. So they have to be very dirty.”

Wartawan TV3 tanya lagi sama ada beliau kenal Datuk Eskay

“TV3 adalah alat perkakas UMNO murahan,” dan terus membebel (tak berapa dengar).

Apabila diasak lagi oleh wartawan itu sama ada dia kenal Datuk Eskay, Anwar jawab, “You will get a promotion soon.Beliau lalu beredar.”-28/4/2011 –OLEH LUKMAN ABDULLAH DAN NOOR HASILAH ISMAIL

(IHSAN AGENDADAILY)

Advertisements

No Responses to “Anwar angin satu badan ditanya lagi pasal jam Omega, DNA dan soalan tak digemari”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s