Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Perpaduan UMNO dan PAS.

Perpaduan antara UMNO dan PAS dilihat sebagai satu cara untuk memperkuatkan kuasa politik orang2 Melayu ISLAM bagi kebanyakan masyarakat Malaysia. Persoalannya ialah sejauh mana keikhlasan PAS untuk bersatu dengan UMNO demi perpaduan masyarakat Melayu ISLAM dinegara ini?

Kita sering terdengar tentang percubaan pihak2 tertentu untuk menyatukan 2 entiti politik Melayu ini tapi hasilnya masih samar2. Bagi pihak UMNO pintu perbincangan terbuka luas untuk PAS namun pihak PAS pula cuba mengambil kesempatan atas keikhlasan UMNO. UMNO bukan dalam keadaan terdesak untuk bersatu dengan PAS tetapi PAS melihat ini sebagai satu kelemahan UMNO dan cuba mengambil kesempatan atas peluang yang diberikan

Husam Musa pernah berkata jika mahu bersatu jawatan Perdana Menteri harus diberikan pada PAS. Mana keikhlasan PAS untuk memperjuangkan nasib orang ISLAM dengan meletakan syarat2 tertentu untuk bersatu. Selama ini PAS hanya menjadi ‘Keldai’ pada DAP dan PKR untuk memancing undi Melayu ISLAM. PAS umpama bermimpi disiang hari bila meletakan syarat untuk bersatu. Nyata sekali PAS bukan memperjuangkan ISLAM tetapi mementingkan kuasa semata2.

Lebih menghairankan lagi bila PAS dengan rela hati menjadi ‘balaci’ pada parti chauvinist Cina yang terang2 tidak menerima ISLAM dalam negara ini dari bersatu dengan UMNO untuk mempertahankan maruah ISLAM dan bangsa Melayu.

Penulis rasa tidak perlu untuk mengulas panjang lebar mengenai pendirian PAS kerana PAS sememangnya bukan satu parti ISLAM yang memperjuangkan ISLAM tetapi sebuah parti politik yang ‘gila kuasa’.

Advertisements

No Responses to “Perpaduan UMNO dan PAS.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s