Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Melayu terus ditindas dibumi sendiri.

image

Presiden IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) hari ini didakwa atas tuduhan menghasut dengab kenyataan beliau menyatakan bahawa kaum cina adalah kaum pendatang. Ustaz Abbdullah Zaik tidak mengaku bersalah dan mohon untuk dibicarakan.

Di Pulau Pinang pula 15 pemimpin Pemuda UMNO dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menceroboh Dewan Sidang Undangan Pulau Pinang, kesemua mereka mohon untuk dibicarakan.

Apa yang agak menarik ialah RSN Rayer juga sebenarnya telah ditahan semalam dan dituduh dibawah akta hasutan kerana mengelarkan UMNO CILAKA tetapi pihak Peguam Negara mengarahkan agar pertuduhan itu ditarik balik. Kenapa Ustaz Abdullah Zaik tetap didakwa dan RSN Rayer pula ditarik balik pertuduhannya?

Amat jelas sikap double standard Peguam Negara, mengapa tidak didakwa kesemuanya sekali? Apa bezanya kedua-dua kes? Kedua-dua kes telah menimbulkan kemarahan orang ramai tetapi hanya satu sahaja yang didakwa. Pada hakikatnya apa yang diperkatakan oleh Ustaz Abdullah Zaik adalah kebenaran berdasarkan sejarah dan apa yang diungkapkan oleh RSN Rayer adalah satu ungkapan untuk menyemarakan lagi api kebencian. Provokasi melampau dari RSN Rayer tetapi pihak Peguam Negara membiarkan sahaja.

Kes-kes yang membabitkan penghinaan terhadap Melayu dan ISLAM seringkali dipandang sepi oleh Peguam Negara. Beratus malah beribu laporan telah dibuat terhadap N.Surendran, Rafizi Ramli, Tian Chua, RSN Rayer semuanya disenyapkan sebegitu sahaja. Bukan itu saja, mereka-mereka ini bebas mempertikaikan sistem kehakiman tanpa ada sebarang tindakan yang diambil. Inikah ketelusan dan integriti yang cuba di ketengahkan oleh pihak Peguam Negara?

Ustaz Abdullah Zaik menyatakan sesuatu yang berdasarkan sejarah dan fakta tentang kemasukan bangsa cina ke Tanah Melayu bukan bertujuan untuk menghina tetapi untuk menjelaskan kedudukan sebenar berdasarkan sejarah. Tidak sepatutnya Peguam Negara mendakwanya atas kenyataan beliau. Inilah yang dikatakan Melayu terus ditindas dibumi sendiri. Sama ada kita sedar atau tidak pemerintan Melayu UMNO terus menekan bangsanya sendiri.

Keadilan tidak lagi menjadi adil bila hanya tunduk pada desakan pihak lawan bukan atas dasar keadilan secara menyeluruh.

PEGUAM NEGARA HARUS MELETAKAN JAWATAN KERANA ANDA TIDAK LAGI RELEVANT!!!

2 Responses to “Melayu terus ditindas dibumi sendiri.”

  1. Kalau melayu keluar kenyataan, sepantat kilat Najib arahkan ambil tindakan undang2. Berapa ramai cina yang telah keluar kenyataan yang lebih teruk dari pendatang,tapi Najib buat dek aje. memang betul la kata Rayer-UMNO Celaka!!!

  2. Admiring the commitment you put into your site and
    in depth information you present. It’s awesome
    to come across a blog every once in a while that isn’t the same unwanted rehashed
    information. Excellent read! I’ve bookmarked your site and I’m adding your RSS feeds to
    my Google account.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,975 other followers