Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Melayu perlukan tanah dibandar, bukan rumah burung.

image

Masyarakat Melayu dibandar memerlukan tanah bukannya rumah pangsa PPR atau lebih dikenali sebagai rumah burung. Malaysia bukanlah sebuah negara sebesar Singapura yang terpaksa menyumbat rakyatnya di estate-estate perumahan HDB seperti rumah burung. Negara ini cukup luas untuk beri tanah kepada masyarakat Melayu dibandar.

Projek penyusunan semula perumahan bukanlah jawapan bagi masyarakat Melayu bandar. Penyusunan semula perumahan dengan memberi orang Melayu tinggal di PPR/PPRT. Apa salahnya kerajaan dengan kuasa yang ada beri hakmilik tanah kepada mereka-mereka yang telah lebih 20 tahun menetap disesuatu kawasan itu. Tidak menjadi kesalahan langsung jika kerajaan memberi keutamaan kepada masyarakat Melayu bandar untuk mendapatkan sebidang tanah untuk membina rumah kekal disitu.

Mengapa perkampungan cina tidak langsung diusik malahan makin besar perkampungan mereka berbanding perkampungan orang Melayu. Adakah kaum cina lebih mendapat perhatian dari kerajaan UMNO/BN berbanding dengan masyarakat Melayu? Adakah undi masyarakat Melayu tidak penting bagi Najib Razak? Masalah tanah dibandar sepatutnya kerajaan pimpinan UMNO/BN dapat menyelesaikan dengan mudah tanpa ada sebarang tentangan tetapi mereka memilih untuk meminggirkan masyarakat Melayu terus daripada membantu mereka. Amat menyedihkan sekali bila kerajaan Melayu terus menerus meminggirkan Melayu bandar.

Sebenarnya bukan dibandar sahaja, dikawasan luar bandar pun tiada bezanya. Ada perkampungan Melayu yang masih tidak dapat hakmilik kekal walaupun sudah berpuluh tahun diterokai dan ada yang telah dikenali sebagai perkampungan warisan tetapi masih tidak menentu statusnya. Sampai bila masyarakat Melayu akan terus menumpang ditanahair sendiri? Jika kerajaan Melayu sendiri gagal membela nasib masyarakat Melayu bayangkan bila tiba masanya DAP dapat memerintah. Adakah ruang untuk masyarakat Melayu mendapat hak-hak mereka? Sudah semestinya tidak. Kita ambil contoh 11 bulan pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP dengan meletakan seorang proksi dari PAS sebagai Menteri Besar. Kaum cina telah diberi hak pemilikan tanah selama 999 tahun tanpa ada sebarang masalah. Apa yang masyarakat Melayu dapat?

Adakah kerajaan UMNO/BN tidak memahami kehendak orang Melayu ataupun sengaja menekan bangsa Melayu itu sendiri? Adakah UMNO hanya proksi kepada kapitalis cina? Adakah Najib Razak masih lagi binggung tentang cabaran yang dihadapi oleh orang Melayu? Mengapa Najib Razak langsung tidak mendengari denyut nadi masyarakat Melayu?

Melayu perlu pembelaan dan jika UMNO gagal membela masyarakat Melayu sekarang percayalah Pilihanraya Umum ke 14 UMNO akan dihukum dengan hukuman yang amat berat bukan oleh kaum cina tetapi oleh masyarakat Melayu sendiri.

About these ads

One Response to “Melayu perlukan tanah dibandar, bukan rumah burung.”

  1. “Pilihanraya Umum ke 14 UMNO akan dihukum dengan hukuman yang amat berat bukan oleh kaum cina tetapi oleh masyarakat Melayu sendiri.”? huhh..
    xpercaya lah aku. orang melayu ni sebenarnya kebanyakannya bodoh. hanya digula2 kn oleh Br1m dan juga pelbagai slogan bangang serta ugutan menakut-nakut kn org melayu. org melayu akan tetap setia bersama umno walaupun maruah sendiri telah tergadai. percayalah..
    umno memang kuda tunggangan kapitalis cina. tapi, tapi kapitalis cina membangunkan bangsa mereka sendiri. elit melayu khususnya umno hanya melihat org melayu seperti babi gamaknya kot. sebab tulah dah kalah di beberapa negeri pun masih x sedar diri lg. terus menerus menganggap org melayu kebanyakan mcm kami ni seperti babi


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 3,136 other followers